
Mohd Fatullah Yassin
Mohd Shahman
Calon PMR bersama seorang rakan maut dalam kemalangan
2011/09/18
ALOR SETAR: Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) bersama rakannya maut dalam kemalangan awal hari ini selepas dilanggar sebuah jip semasa membuat pusingan U di Batu 2 Jalan Langgar di sini. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata mangsa meninggal dunia di HSB jam 3 pagi.
Abang Mohd Fatullah, Mohd Faqeh Yassin, 22, berkata adiknya ke rumah jiran selepas pulang dari rumah bapa saudara mereka di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia di Kepala Batas dekat sini.
Bercakap kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, beliau berkata, keluarganya tidak tahu bila Fatullah keluar dari rumah jirannya untuk pergi mengambil Shahman.
Katanya, mayat adiknya akan dibawa ke kampung mereka di Parit, Perak untuk dikebumikan. - BERNAMA






No comments:
Post a Comment